Tuesday 11 October 2011

Kelas Pemulihan Khas SK Sri Pantai

Sy dipertanggungjawabkan untuk memikul tugas sebagai guru pemulihan sebaik sahaja melapor diri di sekolah ini. Tugas seorang guru pemulihan bagi sy sangat menyeronokkan biarpun berhadapan dengan cabaran yang tinggi dan memerlukan banyak pengorbanan mental, fizikal dan juga wang-ringgit...namun itu bukanlah halangan bagi sy untuk terus berjuang membimbing anak-anak yang mengikuti program pemulihan..adakalanya sy senyum sendiri melihat gelagat mereka dan ada ketika pula tahap kesabaran teruji apabila menghadapi kesukaran dalam pengajaran sy...fuhh, keluar jg peluh jantan...Saat manis apabila anak-anak ini boleh mengenal huruf A-Z kerana mereka terdiri daripada murid yang lambat berbanding murid kelas perdana...dan yang paling indah apabila melihat anak-anak pemulihan boleh membaca dan  menulis hatta ayat mudah. Dlm post akan sy akan berkongsi sesi pengajaran sy dlm kelas pemulihan khas...opps, GB kata bukan kelas pemulihan...tp Kelas Bestari...bg motivasi skettt...

Salam Perkenalan...

Sebelum berkongsi sebarang maklumat dan cerita ada baiknya sy memperkenalkan diri....cheewahh...nama penuh sy Noorafidah Kamin...tp panggil fida je...x pun nama yg korang mudah ingat..nor ke..nora ke..fid ke..its fine....Sy merupakan seorang isteri, ibu dan juga cikgu sekolah rendah. Sebelum ini sy bertugas di SK Rancha-Rancha WP Labuan sebelum berpindah mengikut suami ke sekolah sekarang iaitu SK Sri Pantai Lahad Datu dan mengajar Kelas Pemulihan Khas.