Kelas : Masa : Mata Pelajaran : | Kandungan | Impak/Catatan |
Bahasa Melayu | Tajuk : Kem 5 - Perkataan KV+KV Objektif : Murid-murid boleh membaca dan menulis perkataan KV+KV. Aktiviti : 1. Murid mengeja dan membunyikan suku kata kv yang telah dipelajari. 2. Guru mengimbaskan gambar dan murid mengeja perkataan yang diberi ( MSP) 3. Murid mengeja dan membaca kad perkataan KV+KV. 4. Latih tubi mengeja dan menyebut perkataan yang diberikan. 5. Memadankan kad gambar dengan kad perkataan. 6. Murid menyebut perkataan yang telah dipelajari. 7. Lembaran kerja: Kump. A – lengkapkan perkataan. Kump. B - cerakinkan perkataan. Kump. C – salin semula perkataan. 8. Permainan Bahasa – Cantumkan saya. 9. Pengayaan – Bacaan Bergred. (MSP) BBM : MS PowerPoint(MSP) Kad suku kata Kad lipat bergambar Lembaran kerja. | |
Catatan Ku..
Sekadar perkongsian maklumat dan coretan di kala senggang...Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum...
Friday, 2 December 2011
RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN
STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS
•Pencalonan murid:
•Pengumpulan maklumat:
- Murid yang tidak melepasi Ujian Pelepasan 2 KIA2M/LINUS
- Pencalonan murid boleh dibuat oleh:
# guru kelas/guru mata pelajaran
# guru besar
# ibubapa
- Murid KIA2M/LINUS yang telah berjaya dalam Ujian Pelepasan 1 atau 2 tidak boleh dicalonkan.
- Maklumat peribadi dan prestasi murid dapat menolong guru pemulihan khas memahami murid yang dicalonkan dan membuat keputusan samada murid perlu mengikuti program pemulihan khas atau sebaliknya.
- maklumat tersebut boleh kita dapati dari:
a) Guru Besar – berdasarkan rekod murid, pemerhatian dan perhubungan
b) Guru Kelas – boleh menambah maklumat dengan mengambil tahu kehadiran, ketepatan masa kesekolah dan perhubungan dengan murid-murid lain.
• c) Ibubapa – boleh memberitahu tentang tingkahlaku umum, kegemaran dan perkara-perkara yang tidak digemari serta sikapnya terhadap pelajaran.
PENGAMATAN DALAM PROGRAM PEMULIHAN KHAS
i. Pengamatan ialah kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui
pancaindera setelah berlakunya proses dalam mental.
ii. Pengamatan berkait rapat dengan pemikiran manusia. Pengamatan
merupakan satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas
panca indera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman lalu.
iii. Pengamatan ialah satu kemahiran yang boleh berkembang dan dipelajari.
Sungguhpun ia berkait rapat dengan dengan darjah kecerdasan seseorang
kanak-kanak itu, tetapi ia boleh diajar kepada kanak-kanak lemah supaya
dapat membantu mereka dalam pembelajaran.
iv. Mengikut pendapat Ruth Strang dalam bukunya “ Reading Diagnosis and
Remediation” beliau mengatakan pengamatan ialah satu proses yang
bergantung kepada kognitif dan kederaan. Proses ini penting kepada
pembelajaran terutama dalam pembinaan konsep yang dialami oleh kanak- kanak.
v. Janet W. Learner (1971) dalam bukunya “ Children With Learning Disabilities”
telah mentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu proses untuk mengenal
maklumat daripada tindak balas panca indera atau mekanisme yang
mentafsirkan sesuatu pergerakan panca indera dengan kuasa intelek.
diproses pada bahagian tertentu dalam otak sehingga objek itu dapat diamati. Kemampuan untuk membeza, mengumpul dan membuat penumpuan itu disebut sebagai kemampuan untuk mengorganisasi pengalaman. Dengan adanya organisasi ini, manusia selalu belajar dari pengalaman, maka lambat -laun tersusunlah pola pengamatan yang kekal dalam diri kita.
Kebanyakan kanak-kanak keliru dengan huruf dan nombor seperti menulis dengan terbalik, salah menulis kedudukan nombor, keliru dengan huruf besar dan kecil dan lain-lain lagi. Pengamatan adalah satu proses kemahiran yang memerlukan kecekapan dalam menganalisa bentuk-bentuk dan simbol dalam bacaan. Jika kanak-kanak menulis huruf “a” secara terbalik maka tidaklah dapat kita tafsirkan dalam bacaan. Dalam konsep nombor kanak-kanak mesti mempunyai kekuatan pengamatan untuk membentuk nombor yang betul. Jika 16 ditulis 19 dan 15-2 ditulis 51-2, ini menghasilkan jawapan yang salah.
Tuesday, 29 November 2011
SIAPA DIA KANAK-KANAK PEMULIHAN?
“ kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang rendah juga kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa.”
-AE TANSLEY
-SHARIFAH RAHMAH ALI
-AE TANSLEY
“ kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang kurang taakul, kurang berkemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami tentang perkara-perkara yang agak abstrak.”
-M.FCLOUGH-“ kanak-kanak yang gagal menerima pelajaran dan mereka ini berkemampuan mempunyai kecerdasan yang tinggi, yang sederhana dan di bawah paras sederhana. Kita tidak masukkan kategori kanak-kanak yang terlalu lemah (mentally retarded).”
-SHARIFAH RAHMAH ALI
Subscribe to:
Posts (Atom)