Friday 2 December 2011

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN

Kelas :
Masa  :
Mata Pelajaran :
Kandungan
Impak/Catatan

Bahasa Melayu

Tajuk : Kem 5 - Perkataan KV+KV

Objektif :
Murid-murid boleh membaca dan menulis perkataan KV+KV.

Aktiviti :

1.  Murid mengeja dan membunyikan suku    
     kata kv yang telah dipelajari.
2. Guru mengimbaskan gambar dan murid  
    mengeja  perkataan yang diberi ( MSP)
3.  Murid mengeja dan membaca kad  
     perkataan KV+KV.
4. Latih tubi mengeja dan menyebut  
    perkataan yang   diberikan.
5.  Memadankan kad gambar dengan kad  
     perkataan.
6.  Murid menyebut perkataan yang telah   
     dipelajari.
7. Lembaran kerja:
     Kump. A – lengkapkan perkataan.
     Kump. B -  cerakinkan perkataan.
     Kump. C – salin semula perkataan.
8.        Permainan Bahasa – Cantumkan saya.
9.        Pengayaan – Bacaan Bergred. (MSP)

BBM :   MS PowerPoint(MSP)
            Kad suku kata
            Kad lipat bergambar
            Lembaran kerja.
          
 

STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS

Pencalonan murid:


  -  Murid yang tidak melepasi Ujian Pelepasan 2 KIA2M/LINUS


  -  Pencalonan murid boleh dibuat oleh:


  # guru kelas/guru mata pelajaran


  # guru besar


  # ibubapa


  -  Murid KIA2M/LINUS yang telah berjaya dalam Ujian Pelepasan 1 atau 2 tidak boleh dicalonkan.


Pengumpulan maklumat:


  -  Maklumat peribadi dan prestasi murid dapat menolong guru pemulihan khas memahami   murid yang dicalonkan dan membuat keputusan samada murid perlu mengikuti   program   pemulihan khas atau sebaliknya.


  -  maklumat tersebut boleh kita dapati dari:


  a)  Guru Besarberdasarkan rekod murid, pemerhatian dan perhubungan


  b)  Guru Kelasboleh menambah maklumat dengan mengambil tahu kehadiran,         ketepatan masa kesekolah dan perhubungan dengan murid-murid lain.


  c)  Ibubapaboleh memberitahu tentang tingkahlaku umum, kegemaran dan perkara-perkara   yang tidak digemari serta sikapnya terhadap pelajaran. 

PENGAMATAN DALAM PROGRAM PEMULIHAN KHAS

i.   Pengamatan ialah kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui  
     pancaindera setelah berlakunya proses dalam mental.

ii.   Pengamatan berkait rapat dengan pemikiran manusia.  Pengamatan  
      merupakan satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas
      panca indera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman lalu.
iii.   Pengamatan ialah satu kemahiran yang boleh berkembang dan dipelajari. 
      Sungguhpun ia berkait rapat dengan dengan darjah kecerdasan seseorang 
      kanak-kanak itu, tetapi ia boleh diajar kepada kanak-kanak lemah supaya 
      dapat membantu mereka dalam pembelajaran.
iv.  Mengikut pendapat Ruth Strang dalam bukunya “ Reading Diagnosis and 
      Remediation” beliau mengatakan pengamatan ialah satu proses yang
      bergantung kepada kognitif dan kederaan.  Proses ini penting kepada  
      pembelajaran terutama dalam pembinaan konsep yang dialami oleh kanak- 
      kanak.

v.   Janet W. Learner (1971) dalam bukunya “ Children With Learning Disabilities” 
      telah mentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu proses untuk mengenal  
      maklumat  daripada tindak balas panca indera atau mekanisme yang  
      mentafsirkan sesuatu pergerakan panca indera dengan kuasa intelek.

             Objek-objek di sekitar ditanggap melalui alat-alat panca indera dan
diproses pada bahagian tertentu dalam otak sehingga objek itu dapat diamati.  Kemampuan untuk membeza, mengumpul dan membuat penumpuan itu disebut sebagai kemampuan untuk mengorganisasi pengalaman.  Dengan adanya organisasi ini, manusia selalu belajar dari pengalaman, maka lambat -laun tersusunlah pola pengamatan yang kekal dalam diri kita.

            Kebanyakan kanak-kanak keliru dengan huruf dan nombor seperti menulis dengan terbalik, salah menulis kedudukan nombor, keliru dengan huruf besar dan kecil dan lain-lain lagi.  Pengamatan adalah satu proses kemahiran yang memerlukan kecekapan dalam menganalisa bentuk-bentuk dan simbol dalam bacaan.  Jika kanak-kanak menulis huruf  “a” secara terbalik maka tidaklah dapat kita tafsirkan dalam bacaan.  Dalam konsep nombor kanak-kanak mesti mempunyai kekuatan pengamatan untuk membentuk nombor yang betul.  Jika 16 ditulis 19 dan 15-2 ditulis 51-2, ini menghasilkan jawapan yang salah.

Tuesday 29 November 2011

SIAPA DIA KANAK-KANAK PEMULIHAN?

kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang rendah juga kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa.”

-AE TANSLEY

kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang kurang taakul, kurang berkemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami tentang perkara-perkara yang agak abstrak.”
-M.FCLOUGH-

kanak-kanak yang gagal menerima pelajaran dan mereka ini berkemampuan mempunyai kecerdasan yang tinggi, yang sederhana dan di bawah paras sederhana. Kita tidak masukkan kategori kanak-kanak yang terlalu lemah (mentally retarded).”

-SHARIFAH RAHMAH ALI