Friday, 2 December 2011

PENGAMATAN DALAM PROGRAM PEMULIHAN KHAS

i.   Pengamatan ialah kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui  
     pancaindera setelah berlakunya proses dalam mental.

ii.   Pengamatan berkait rapat dengan pemikiran manusia.  Pengamatan  
      merupakan satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas
      panca indera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman lalu.
iii.   Pengamatan ialah satu kemahiran yang boleh berkembang dan dipelajari. 
      Sungguhpun ia berkait rapat dengan dengan darjah kecerdasan seseorang 
      kanak-kanak itu, tetapi ia boleh diajar kepada kanak-kanak lemah supaya 
      dapat membantu mereka dalam pembelajaran.
iv.  Mengikut pendapat Ruth Strang dalam bukunya “ Reading Diagnosis and 
      Remediation” beliau mengatakan pengamatan ialah satu proses yang
      bergantung kepada kognitif dan kederaan.  Proses ini penting kepada  
      pembelajaran terutama dalam pembinaan konsep yang dialami oleh kanak- 
      kanak.

v.   Janet W. Learner (1971) dalam bukunya “ Children With Learning Disabilities” 
      telah mentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu proses untuk mengenal  
      maklumat  daripada tindak balas panca indera atau mekanisme yang  
      mentafsirkan sesuatu pergerakan panca indera dengan kuasa intelek.

             Objek-objek di sekitar ditanggap melalui alat-alat panca indera dan
diproses pada bahagian tertentu dalam otak sehingga objek itu dapat diamati.  Kemampuan untuk membeza, mengumpul dan membuat penumpuan itu disebut sebagai kemampuan untuk mengorganisasi pengalaman.  Dengan adanya organisasi ini, manusia selalu belajar dari pengalaman, maka lambat -laun tersusunlah pola pengamatan yang kekal dalam diri kita.

            Kebanyakan kanak-kanak keliru dengan huruf dan nombor seperti menulis dengan terbalik, salah menulis kedudukan nombor, keliru dengan huruf besar dan kecil dan lain-lain lagi.  Pengamatan adalah satu proses kemahiran yang memerlukan kecekapan dalam menganalisa bentuk-bentuk dan simbol dalam bacaan.  Jika kanak-kanak menulis huruf  “a” secara terbalik maka tidaklah dapat kita tafsirkan dalam bacaan.  Dalam konsep nombor kanak-kanak mesti mempunyai kekuatan pengamatan untuk membentuk nombor yang betul.  Jika 16 ditulis 19 dan 15-2 ditulis 51-2, ini menghasilkan jawapan yang salah.

No comments:

Post a Comment